
Jom Kongsi Qurban @ Aqiqah
Mari bersama kami menjayakan program ibadah korban, aqiqah dan sumbangan derma di perkampungan umat Islam Kemboja.
Satu bahagian: RM 250
Meliputi harga satu bahagian binatang korban atau aqiqah, sumbangan untuk umat Islam Kemboja, sumbangan untuk Pusat Pendidikan Islam As-Syafie, Jengka dan pengurusan.
Kami tidak menggunakan 'pengantara' yang tidak diketahui sifat amanahnya dalam menguruskan ibadah ini kerana bimbang ia tidak sampai ke tangan umat Islam Kemboja. Insya Allah kami akan pergi sendiri dan menyampaikan daging korban dan sumbangan-sumbangan lain terus kepada penduduk Islam yang memerlukan di sana.
Kami telah melakukan usaha ini pada tahun 2007 dengan menyertai ekspedisi bersama Yayasan Amal dan kami telah berjaya menyampaikan sumbangan-sumbangan daripada umat Islam Malaysia. Terima kasih di atas kerjasama anda.
Pada tahun ini, sekali lagi kami mempelawa anda bersama kami berkongsi modal untuk melakukan ibadah korban / aqiqah di samping memberi sumbangan kepada umat Islam Kemboja dan pendidikan Islam di PPIS.
Keistimewaan program kami, ia adalah lebih MURAH berbanding kos korban di Malaysia. Sementara agihan daging pula diberikan kepada mereka yang sangat memerlukan.
Untuk penyertaan, sila hubungi penganjur:
Pusat Pendidikan Islam As Syafie (PPIS)
Bandar Jengka, Pahang.
Tel: 019-9061651 atau 019-9855883 (Ustaz Faizul)
Atau hubungi wakil kami:
019-9602045 (Ustaz Haji Aris Hazlan)
No comments:
Post a Comment